Saturday 26 August 2017


E-Folio ( Laporan Lawatan ) 




PENGAJIAN MALAYSIA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM TOKOH JOHOR DAN KOMPLEKS WARISAN SULTAN ABU BAKAR

Tarikh    : 13 Julai 2017
Masa       : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat   : Muzium Tokoh Johor dan Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar

Lawatan ke Muzium Tokoh Johor dan Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar merupakan suatu lawatan sambil belajar bagi pelajar-pelajar semester satu. Lawatan ini dibuat bagi menggalakan pelajar-pelajar semester satu untuk mencari maklumat berkaitan dengan seorang tokoh yang menyumbangkan dalam perkembangan Malaysia untuk dikaji. Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari serta berpeluang melawat mengenali sejarah-sejarah tokoh di Johor dengan lebih mendalam. Untuk itu, lawatan sambil belajar ini berunsur akademik dapat meluaskan ilmu pelajar kepada sumbangan tokoh-tokoh tempatan, Sehubungan dengan itu, melalui lawatan sambil belajar yang berbentuk akademik dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Pada pukul 8 pagi, pelajar semester satu telah dikumpulkan di Politeknik Metro JB. Pelajar semester satu bertolak menaiki 3 buah bas ke Muzium Tokoh Johor. Kami sampai di sana dan berkumpul di hadapan muzium pada pukul 9 pagi. Selepas itu, setiap ketua kumpulan bagi kumpulan Pengajian Malaysia masing-masing berjumpa dengan Dr.Azlina dan Puan Norhafiza untuk sesi taklimat. Pada 9.30 pagi, ketua kumpulan menyampaikan informasi daripada pensyarah kepada ahli kumpulan. Pada 10 pagi kami dibenarkan memasuki muzium dan mendengar tentang sejarah muzium tokoh yang disampaikan oleh pembantu muzium iaitu Syed Ahmad Nawawi bin Syed Rahmat. Dalam lingkungan masa 10.30 pagi, pelajar dibenarkan melawat sekeliling dan sekitar muzium untuk mencari maklumat serta melihat barang-barang yang digunakan oleh tokoh-tokoh. Pada 12 tengah hari, kami bertolah ke Kompleks WARISAN Sultan Abu Bakar. Kami diberi makan tengah hari kemudian menuuju ke perpustakaan untuk mencari maklumat berkenaan tokoh yang dipilih. Pada pukul 2 petang kami telah mengambil gambar kenangan dan pulang ke Politeknik Metro Johor Bahru.

Bagi lawatan ke Muzium Tokoh Johor iaitu yang lebih dikenali sebagai Bukit Senyum. Sebelum dinamakan Bukit Senyum, bangunan tersebut telah dinamakan sebagai Bangunan Dato Jaafar. Sejarah Bukit Senyum secara ringkas ada seperti berikut. Dato Jaafar telah ke London dan telah mengambil inspirasi daripada “Hardwick Hall”. Dato Jaafar juga sering kali menemani Sultan Ibrahim ke luar negara. Keluasan kawasan Bukit Senyum adalah 100 ekar. Pada tahun 1893, perancangan untuk membina Bukit Senyum telah dimulakan dan bangunan tersebut telah siap dibina pada tahun 1896. Anggaran kos pembinaan Bukit Senyum adalah 60 ribu.

Seterusnya adalah spesifikasi dalaman Bukit Senyum. Di sudut kiri bangunan terdapat kolam mandi buatan,  seterusnya pada bahagian belakang terdapat bangsa kuda. Sebahagian besar daripada 100 ekar tersebut telah dijadikan dusun buah-buahan, lading ternakan lembu dan kambing dan kebun sayur-sayuran. Terdapat juga sebuah dapur di luar Bukit Senyum. Terdapat juga Taman Mini Jepun yang hanya orang tertentu sahaja dibenarkan masuk. Perpustakaan, ruang santapan keluarga dan bilik khas Dato Jaafar disediakan. Semasa perang , bangunan Bukit Senyum digunakan oleh Jepun dan juga British. Bukit Senyum juga pernah dijadikan sebagai Maktab Perguruan Pertama. 

Akhir sekali diharap lawatan seperti ini seharusnya digalakkan untuk kepentingan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di samping memberi pendedahan tentang tokoh-tokoh Johor. Selepas terlibat dengan lawatan ini, diharap para pelajar dapat memanfaatkan segala pengisian yang telah diperoleh daripada kedua-dua Muzium Tokoh Johor dan Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar. 

No comments:

Post a Comment