Thursday 24 August 2017


E-Folio (DATO' ONN JAAFAR)



Berikut adalah penulisan tentang tokoh yang kami kagumi: Dato Onn Jaafar. 
Selamat membaca dan semoga dapat input yang bermanfaat :)



Dato' Onn Jaafar


BIODATA



Pada 12 Februari 1895 - 19 Januari 1962 Dato Onn Jaafar merupakan seorang pengasas dan presiden UMNO. 1947 beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor untuk menjaga Negeri Johor. Beliau memegang jawatan Menteri Besar Johor dalam masa tiga tahun sahaja . Selepas tiga tahun beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Pada 18 Mei 1950 beliau meletakkan jawatan kerana beliau ingin menumpukan sepenuh perhatiannya kepada parti Umno.


Gambar Dato' Onn bersama keluarga




Keratan Akhbar mengenai perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar
By: (Wardah)


LATAR BELAKANG DATO ONN JAAFAR


Nama : Dato’Onn Jaafar Bin Dato Jaafar Bin Haji Mohamed.
Tarikh lahir : Beliau telah dilahirkan pada 12 Februari 1895
Tempat lahir : Bukit Gambir, Johor Bahru, Johor.
Meninggal dunia : 19 Januari 1962 semasa berumur 66 tahun. Beliau telah meninggal di Johor Bahru.
Bapa beliau : Dato’ Jaafar Haji Mohamed ( Mantan Menteri Besar Johor pertama )
Ibu beliau : Hanim Rogayah ( seorang wanita Timor Dekat berketurunan Turki )
Anak beliau : Allahyarham Tun Hussein Onn ( Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-3 )
Cucu beliau : Dato’ Hishamuddin Tun Hussein ( Menteri Dalam Negeri ) *jawatan terkini

Dato’ Onn Jaafar adalah merupakan  anak angkat kepada Sultan Ibrahim suatu ketika dahulu. Beliau telah dipelihara oleh sultan sejak kecil lagi. Ini adalah disebabkan bapa beliau iaitu Dato Jaafar Haji Mohamed merupakan Menteri Besar Johor yang pertama. Semasa kecil, Dato Onn Jaafar telah diasuh oleh wanita Inggeris di Johor Bahru.  

Pendidikan

Beliau telah mendapat pendidikan Melayu awal sebelum melanjutkan pelajaran. Dato’ Onn telah belajar bahasa Inggeris melalui wanita yang mengasuhnya ketika kecil. Pada tahun 1903, Dato Onn telah melanjutkan pelajaran ke England bersama sama 3 orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Ahmad, dan Tunku Abu Bakar. Mereka berempat melanjutkan pelajaran di Aldesburgh Lodge School, Suffolk, England. Sekembalinya ke tanah air, Dato Onn Jaafar melanjutkan pula pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1910-1911.

Jawatan/pekerjaan *yang terkenal sahaja

1917 - menyertai Pasukan Tentera Johor ( JMF ) jawatan tertinggi beliau adalah Lefternan.
1930 – bekerja sebagai wartawan semasa berumur 35 tahun.
1 Januari 1930 hingga 1933 -  pengarang Warta Malaya.
1934 -  pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.
1947 – Menteri Besar Johor ( 1 Jun 1947 sehingga 1 Mei 1950 )


Hanim Rogayah


Dato Jaafar Haji Mohamed


Aldesburgh Lodge School


Salah satu tempat Dato' Onn Jaafar menuntut ilmu


By: (Muhammad Raif)


HIDUP BERUMAHTANGGA


Dato Onn mempunyai 4 orang isteri tetapi semua isteri beliau telah meninggal dunia. Pada tahun 1911 beliau telah berkahwin kali pertama dengan seorang gadis cina anak angkat bapanya iaitu Rafeah Abdullah. Berkahwinan mereka mendapat empat orang cahaya mata. Beberapa tahun kemudian isteri beliau telah meninggal dunia. Pada tahun 1915 Dato Onn Jaafar telah berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah kemudian mendapat seorang anak bernama Ismail Bin Onn dan kemudian isterinya meninggal dunia. Beliau juga telah berkahwin lagi dengan Che Kah seorang pelakon bangsawan yang sangat popular. Hidup mereka bahagia sehingga isteri ketiga beliau meninggal dunia dan akhirnya beliau bertemu dengan Halimah Binti Hussein , Halimah Hussein adalah janda adiknya . Mereka mendapat anak iaitu Hussein onn .. Mereka hidup bersama selama 41 tahun lamanya, sehingga mereka berdua menghembuskan nafas terakhir . Mereka dikebumikan di makam Mahmoodiah Johor Baru.



Tempat baginda (Dato' Onn Jaafar) dikebumikan


( By Wardah )

SUMBANGAN DATO ONN JAAFAR

  Jika dengar nama Dato Onn Jaafar, sudah tentu kita sudah kenal antara tokoh – tokoh yang berjasa dan yang sangat  disegani rakyat mahupun pemimpin. Sumbangan dato onn jaafar terhadap negara terlalu besar kerana tanpa beliau kita tidak akan merdeka lagi. Tanpa beliau kita masih terikat lagi dengan konsep Malayan Union. Beliaulah yang telah mencetuskan semangat dan kesedaran terhadap tanah melayu untuk bersatu padu dalam apa jua keadaan demi memerdekakan tanah sendiri. Walaupun hasil kemerdekaan tidak tertumpu pada dato onn jaafar, tetapi hasil beliau yang telah menjadi tunjang kepada kemerdekaan
  Dato on Jaafar juga pernah dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang ke 7 pada 1 jun 1947. Akan tetapi beliau telah diberi kata dua oleh sultan johor ketika itu (Sultan Ibrahim Al-Mashur ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar) dan diberi pilihan antara ingin menumpukan kepada umno ataupon menjadi menteri besar johor. Beliau sanggup meletakkan jawatannya (Menteri Besar Johor) dan terus kekal berjuang di dalam umno demi rakyat yang pada ketika itu memerlukan pemimpin. Seterusnya, Nasib tidak menyebelahinya apabila pada 25 hingga 26 Ogos 1995, beliau telah meletakan jawatanya selaku presiden Umno apabila cadanganya membuka keahlian parti kepada semua tanpa mengira kaum telah ditentang.



Detik bersejarah 1948 : Dato Onn memperjuangkan hak orang melayu dalam Perjanjian Persekutuan


Persidangan membubuarkan Malayan Union pada Nov 1946 di King's House, Kuala Lumpur. (Dato' Onn berdiri pada barisan pertama)

 DARI SEGI ASPEK EKONOMI DAN SOSIAL    

  Sumbangan dari segi ekonomi pula, bahawa pertubuhan umno yang diketuai oleh dato onn jaafar dalam meningkatkan pembangunan sehingga kini. Masyarakat melayu kini banyak terlibat dari aspek activiti ekonomi.
  
   Dari segi sosial pula.kita tahu bahawa semangat nasionalisme dato onn jaafar dalam menyatupadukan penduduk tanah melayu tanpa mengira kaum telah ditentang oleh pertubuhanya sendiri iaitu umno.tetapi beliau tidak berputus asa kerana beliau tahu bahawa dengan menyatupadukan kaum melayu, cina dan india dapat memperoleh kemerdekaan bersama.

  Beliau merupakan Presiden Umno yang yang tidak menjadi perdana menteri, Presiden UMNO yang telah disisihkan diatas ideanya membuka keahlian kepada orang bukan islam, Dan beliaulah satu satunya individu yang telah menaikkan semangat orang melayu untuk menentang Malayan Union. Semangat Dato Onn jaafar dalam mengekekalkan keharmonian sangat dibanggakan. Semangat itu lah yang perlu dicontohi dan dipupuk oleh setiap pemimpin untuk menjadi pemimpin yang berwibawa

By: ( Daniel )





PENGASAS UMNO

Pada 1 – 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap Hak Istimewa Orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan Nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.
Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat Kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.
Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951.

( By Jothi )
Logo Parti UMNO

Antara petikan kata kata Dato' Onn Jaafar







KARYA DATO ONN JAAFAR


Dato' Onn Jaafar
Dato Onn Jaafar jugak pernah mengeluarkan karyanya yang bertajuk Sumpah Melayu pada (1946).


( By Jothi )
KATA-KATA HIKMAT DATO ONN JAAFAR

Antara kata-kata Dato Onn Jaafar yang membangkitkan semangat melayu:

"Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sendiri" - Dato' Onn Jaafar

“Kita hendaklah menggesek biola dengan kuat akan lagu gesekan kita, jangan sampai orang lain menggesek dan kita hanya menari sahaja menurut lagu gesekanya.”- Dato’ Onn Jaafar

( By Muhammad Raif )
PENUTUP

Onn Jaafar pemimpin Melayu, Tajam fikiran, petah berbicara; Orang Melayu diseru bersatu, Menolak British, mendaulat negara.
Kekuatanya amat signifikan dalam mencorak perjalanan kearah kemerdekaan negara. Beliau merupakan satu satunya Presiden UMNO yang tidak menjadi perdana menteri. Satu satunya Presiden UMNO dibuang diatas ideanya membuka keahlian kepada orang bukan melayu. Dan juga satu satunya individu yang mampu mengumpulkan kekuatan umat melayu ketika kesedaran menentang penjajahan kurang difahami oleh rakyat. Tidak hairan jika mulutnya mengungkap kata kata hikmat iaitu ‘Raja itu rakyat, rakyat itu raja”.kerana ia sebati dengan jiwanya yang hidup untuk rakyat.

Namun , pemimpin malayu tidak sedikit pun mencontohi semangat Dato Onn Jaafar dalam mempertahankan rakyat. Mereka lebih mempertahankan sosok daripada perjuangan. Memilih untuk mempergunakan rakyat semata-mata untuk kemewahan sendiri. Sikap pemimpin sekarang tidak mempunyai keinginan melihat rakyat “Merdeka” daripada kesusahan.




Rujukan : 
1) http://sejarahkumu.blogspot.my/2013/04/dato-onn-sultan-dan-british.html
2) https://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/09/02/dato-onn-jaafar-tokoh-anak-gemilang-malaysia/
3) http://shalattas.blogspot.my/2012/10/surat-terbuka-untuk-sultan-ibrahim-yem.html
4) https://helenang.wordpress.com/2014/06/08/secebis-sejarah-onn-jaafar/
5) http://tributetodatoonnjaafar.blogspot.my/2008/10/dato-onn-jaafar.html

No comments:

Post a Comment