Monday 25 September 2017


Laporan Majilis Penutupan Hari Kemerdekaan tentang ceramah yang disampaikan oleh Penceramah iaitu Prof Dr Hj Hafidzi Mohd Noor.



Pada hari ahad 17 september 2017, telah berlansungnya Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan peringkat Politeknik METro Johor Bahru yang bertemakan pakaian patriotik. Majlis ini bermula  pada jam 8 pagi – 1 petang bertempat di BK 4 – BK 6. Pada jam 10.05 pagi Politeknik METro Johor Bahru telah menjemput penceramah khas daripada Selangor yang bernama Prof Dr Hj  Hafidzi Mohd Noor . Beliau berkelulusan PhD Zoology di Universiti  Of Aberdeen, Scothland. Kini beliau berkhidmat sebagai lecturer di Plant Protection Dept , fakulti Agriculture, UPM. Beliau juga telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata . Beliau juga memegang jawatan sebagai pengerusi Humanitarian Care Malaysia,selain itu beliau juga ialah pengerusi Aqsa Syarif Bhd. Beliau juga telah menjadi Pengerusi IKRAM 4 Syria. Beliau juga adalah seorang mantan pengerusi JIM International (1999-2000). Beliau juga merupakan Mantan SU Agung JIM (2001-2003). Beliau pernah menerima anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2015. Beliau telah mengetuai misi ke Gaza selepas serangan Nov 2012 . (Nov 30 – Dis 30 2012). 

Monday 18 September 2017



Laporan Majlis Penutup Hari Kemerdekaan Peringkat Politeknik METro Johor Bahru. 


Hari : Ahad
Tarikh : 17 September 2017 
Tempat : BK 4 - 6
Masa : 8:00 pagi - 1:00 petang 



8:00 pagi - 8:30 pagi 

Perarakan Motorsikal Berhias yang dilakukan oleh pelajar lelaki yang kebanyakannya Sem 3 menaiki motorsikal berarak mengelilingi sekitar bangunan Politeknik METro Johor Bahru. Motorsikal mereka dihiasi oleh bendera Malaysia. Pelepasan perarakan telah dilepaskan oleh Puan Pengarah, Puan Norah binti Md Zan di parking lobby. 



Pelepasan dilepaskan oleh Puan Pengarah

8:30 pagi - 9:00 pagi

Para pelajar mencatatkan kehadiran di kelas masing-masing. Pelajar perempuan dan lelaki dibahagikan tempat duduk. Pelajar perempuan duduk sebelah kiri dewan manakala pelajar lelaki duduk di sebelah kanan dewan. Selepas itu, para pelajar diedarkan sarapan pagi iaitu sekeping roti.





9:00 pagi - 9:25 pagi

Ketibaan puan pengarah iaitu Puan Norah binti Md Zan dan para pensyarah semua. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu, Negaraku, Bangsa Johor dan Politeknik Malaysia. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil majlis pelajar, Nur Aiman bin Abd Rahim. 

9:25 pagi - 10:00 pagi 

Ucapan wakil pelajar yang terpilih mewakili Politeknik METro Johor Bahru menyertai aktiviti kesukarelawan ke Vietnam dan Sabah di bawah Yayasan Sukarelawan Siswa. Pelajar Politeknik METro Johor Bahru yang terpilih adalah 3 orang. Dan kesemuanya adalah perempuan. Alumni yang ke Sabah ialah Dhia Atiqah. Manakala alumni yang ke Vietnam ialah Nur Amani Alia dan Syafiqah. 


Alumni Ke Vietnam

Alumni Ke Sabah

Alumni Ke Vietnam

Alumni ke Vietnam menceritakan pengalaman mereka ke sana dimulakan dengan Nur Amani Alia. Dia menceritakan pengalaman di sana. Dia berkata hampir kesemua sukarelawan YSS merupakan pelajar daripada universiti terkemuka. Dan hanya beberapa orang sahaja yang daripada politeknik, dan dia seorang sahaja pelajar daripada politeknik metro. Dia bercerita tentang bagaimana dia belajar membuat jalan di sana. Mereka ditugaskan untuk membaiki jalan yang rosak dan membuat nya dengan cara manual. Selepas itu, mereka akan bergilir-gilir untuk memasak. Dia berkata satu cabaran yang dihadapi adalah kebanyakkan penduduk Vietnam tidak fasih berbahasa Inggeris. Mujur ada penterjemah bahasa yang mengikuti mereka. Dan satu lagi cabaran ialah warga Vietnam tidak gemar untuk makan makanan yang dimasak oleh sukarelawan YSS. Matlamat sukarelawan adalah untuk memberi mereka rasa keenakan makanan Malaysia. Antara kerja yang mereka lakukan adalah menceriakan tadika untuk kanak kanak belajar. 

Alumni ke Sabah iaitu Dhia Atiqah memulakan majlis dengan menayangkan video ketika dia berada di Sabah iaitu di Kampung Salarom. Dia berada 10 hari di Sabah untuk mendisiplinkan diri. Di sana dia menjadi guru kepada anak-anak orang asli di sana. Seterusnya, antara kejayaan yang dia lakukan ialah menghidupkan E-Desa iaitu diibaratkan sebagai makmal komputer. Dia bercerita bahawa E-Desa itu telah ditutup selama 6 tahun. Masalah menyebabkan penutupan E-Desa itu adalah tiada sambungan internet. Dia menghubungi orang orang yang berkaitan untuk membaiki masalah itu. Dia bercerita pengalaman tidur di rumah mayat di Sabah. Di ganggu tengah malam, dengar ketukan pintu dan sebagainya. Sepanjang berada di Sabah, dia berkata kita haruslah berdisiplin dan mematuhi serta mengikuti SOP. Di sana turur diadakan Culture Day iaitu hari untuk kita bertukar tukar budaya. Dan pada akhir ucapan nya. Dia memainkan video YSS misi ke Sabah. 


9:55 pagi - 10.05 pagi

Ucapan Puan Pengarah iaitu Puan Norah binti Md Zan. Pengarah memulakan majlis dengan memberi maklum balas kepada sukarelawan YSS sebentar tadi. Beliau memuji kesemua sukarelawan tersebut. Selain itu, beliau turut menegur anak anak PMJB supaya jangan tidak yakin pada diri sendiri. Beliau memberi suntikan semangat agar anak anak PMJB bergiat aktif dalam aktiviti yang mengharumkan nama Politeknik METro Johor Bahru. Seterusnya, beliau turut memberi pesanan kepada anak anak PMJB supaya menghindari kegiatan jenayah seperti merompak, hisap dadah dan sebagainya. Beliau turut mengingatkan kami tentang kejadian yang berlaku beberapa minggu sebelum ini iaitu pembakaran pusat tahfiz. Beliau menyeru agar anak anak PMJB tidak terlibat dalam apa apa pun kegiatan jenayah. 






10:05 pagi - 12:05 tengahari 

Ceramah penutup bulan kemerdekaan bertajuk  MENJAMIN RIWAYAT NEGARA BANGSA yang di sampaikan oleh Prof Madya Dr Hafidzi Bin Mohd Noor . 





12:05 tengahari - 12:30 tengahari 

Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada tuan penceramah yang disampaikan oleh Puan Pengarah. Sesi bergambar bersama penceramah diadakan. Penceramah dan Pengarah beransur pulang. 

12:30 - 1:00 petang 

Taklimat peperiksaan disampaikan oleh Miss Hana. Miss Hana menerangkan peraturan-peraturan sebelum, semasa, selepas memasuki peperiksaan. Beliau turut memberitahu senarai keperluan untuk menduduki peperiksaan. Apa yang penting perlu dibawa pada hari peperiksaan. Beliau turut menceritakan kejadian kejadian yang tidak sepatutnya berlaku pada hari peperiksaan seperti meniru, datang lambat dan sebagainya. 

1:00 petang

Majlis bersurai :))

Saturday 9 September 2017


E-Folio ( Bahan sejarah di muzium )


Lukisan Dato' Onn Jaafar


Antara cenderamata yang diperolehi oleh tokoh


Lukisan mural Dato Jaafar


Piuter yang terdapat di muzium


Basikal Tua yang terdapat di muzium

Al-Quran tulisan tangan diperbuat daripada kulit kambing


Keris dan pedang yang pernah digunakan oleh sultan 




To Dr Azlina Binti Ahmad


Kami daripada kumpulan Oscar Oasis memohon maaf atas kesilapan yang kami lakukan. Kami akui kesilapan memang sukar dimaafkan oleh seorang tenaga pengajar. Kesilapan kami melakukan kerja dengan "copy & paste" ternyata bukanlah jalan yang terbaik. Oleh itu, kami akan perbetulkan kesilapan kami dan buat seperti yang Puan minta. Terima kasih kerana memberi kami peluang kedua :) Kami akan menggunakan peluang kedua sebaik mungkin. 

Maafkan kami puan 3x

Sunday 3 September 2017



E-Folio ( Video Tokoh )




Berikut merupakan video kami tentang Dato' Onn Jaafar. Dan kami juga ada menyelit beberapa babak ketika berada di Muzium Tokoh Johor.





Yang di atas adalah penerangan tentang Dato Onn sebagai Pengasas Umno yang telah disampaikan oleh Jothi. 




Berikut di atas adalah sumbangan Dato' Onn Jaafar.



              



              

Berikut adalah video tentang biodata Dato' Onn Jaafar yang dipersembahkan oleh Wardah. 


               

Video yang dipersembahkan oleh Raif adalah mengenai latar belakang Dato Onn Jaafar.